Wednesday 18 April 2012

tak kenal maka tak cinta, tp sudah kenal, indah khabar dari rupa..

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat. -al-bukhari no.3611


ayat yang KR petik diatas adalah dari al bukhari yang menceritakan berkenaan golongan al khawarij. al khawarij adalah satu kumpulan yang berasal dari keturunan dhul khuwaishirah. menurut bahasa, khawarij adalah bentuk jama' dari kata kharij yang ertinya oran gyang keluar. kerana keluarnya mereka dari jama'ah dan dari imam kaum muslimin.


antara sbb munculnya golongan ini adalah kerana :
1- perbezaan pendapat tentang masalah khilafah
2- permasalahan tahkim
3- para penguasa yang zalim
4- assobiyah
5- urusan ekonomi
6- semangat keagamaan
ciri-ciri al khawarij pula adalah:
1- suka mencela dan mengganp orang lain sesat
2- beprasangka buruk
3- berlebih-lebihan dalam ibadat
4- keras terhadap kaum muslimin dan menghalalkan darah mereka
5- sedikit pengetahuan tentang fiqh
6- umur muda tapi berakal burok

apa pendapat kalian tentang mereka2 ini???semoga mereka juga dijauhkan daripada golongan ini...





KR mengajak kita untuk sama2 bermuhasabah diri kita masing2 adakah kite terletak di dalam kelompok ini??jika ada ciri2 ini dalam diri kita atau rakan2 kita, kembalilah kepada jalan Allah yang satu...semoga kita diberikan rahmat dan hidayah daripadaNYA..

llindungi waris kita...

kali ini KR inigin menjemput semua untuk menghadiri perhimpunan utk memberi kesedaran berkenaan ancaman LGBT yang cuba dihidupkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.


PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKSBEBAS DAN 

LGBT

TEMPAT : STADIUM UPM
MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 21hb APRIL 2012


antara tokoh2 hebat yang akan menjayakan program ini adalah :


En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru 
YB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI)
Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman, Setiausaha Agung PPIM
Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia.
Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia
En. Sheikh Rizal, Waris Malaya
Sdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS
Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI)
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.


KR masih juga menunggu keterlibatan dari pada ahli2 ulama PAS untuk turut serta dalam program ini kerana KR merasakan program ini tidak melibatkan campur tangan mana2 politik. jadi untuk generasi akan datang, apa salahnya mereka juga turut serta memberikan sokongan pada dlm usaha murni ini...


KR juga ingin menjemput mahasiswa2 pro mahasiswa utk turut serta (GAMIS,PMI,SMM,KAMI,AKSI dll) utk turut serta dalam himpunan ini.. KR merasakan berhimpun di sana nnti adalah lebih baik berbanding duduk di dataran merdeka tanpa melakukan apa2 perkara yang berfaedah.



llindungi waris kita...

kali ini KD inigin menjemput semua untuk menghadiri perhimpunan utk memberi kesedaran berkenaan ancaman LGBT yang cuba dihidupkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.


PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKSBEBAS DAN 

LGBT

TEMPAT : STADIUM UPM
MASA : 3.00 PETANG
TARIKH : 21hb APRIL 2012


antara tokoh2 hebat yang akan menjayakan program ini adalah :


En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru 
YB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI)
Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman, Setiausaha Agung PPIM
Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia.
Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia
En. Sheikh Rizal, Waris Malaya
Sdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS
Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI)
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.


KD masih juga menunggu keterlibatan dari pada ahli2 ulama PAS untuk turut serta dalam program ini kerana KD merasakan program ini tidak melibatkan campur tangan mana2 politik. jadi untuk generasai akan datang, apa salahnya mereka juga turut serta memberikan sokongan pada dlm usaha murni ini...


KD juga ingin menjemput mahasiswa2 pro mahasiswa utk turut serta (GAMIS,PMI,SMM,KAMI,AKSI dll) utk turut serta dalam himpunan ini.. KD merasakan berhimpun di sana nnti adalah lebih baik berbanding duduk di dataran merdeka tanpa melakukan apa2 perkara yang berfaedah.



Sunday 15 April 2012

al - fatihah utk PM

bila batas agama dan adat sudah tidak lagi digunakan, maka ini lah jadinya....



menggalungkan bunga pada saudara islam yang masih hidup dan juga menggelarkan saudara islam yang meninggal dengan gelaran MENDIANG... apakah ini adat dan budaya kita?adakah ini juga agama yang di ajarkan pada mereka yang majoritinya beragama islam....

merah jambu warnanya lembut,
buat pakaian si anak gadis,
kata nafsu jangan diikut,
dalam iman pandauan tergaris

Friday 13 April 2012

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

KR amat terkejut dengan tingkah laku beberapa golongan manusia yang mengaku rakyat malaysia apatah lagi yg bercita2 mahu jadi pemimpin di negara ini tp gagal hormat sistem raja berperlembagaan di negara Malaysia.. belum jadi menteri lagi dh mcm gini perangainya kalau jadi menteri dan pegang negara entah2 jadi negara republik Malaysia lepas ini...lebih mengecewakan bilamana ada diantaranya adalah daripada bangsa melayu sendiri...



untuk lebih jelas dengan apa yang berlaku, bolehlah ke SINI kerana KR xsanggup nk tulis panjang2 kerana amatlah marah dengan gelagat2 mereka ini...pesanan KR hanya satu, JANGAN CUBA BERMAIN DENGAN API, KELAK PASTI MEMBAKAR DIRI !!


DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!


Tulis surat di dalam gelap             
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap           
   Jikalau silap awak yang bencana

Monday 9 April 2012

terima kasih daun keladi pak menteri....

mengimbas kembali bilamana PTPTN ini di wujudkan pada tahun 1997, pada waktu itu ramai yang menyambut baik perkara ini kerana dipercayai dan diyakini ia mampu untuk membantu ibubapa yang kurang berkemampuan untuk memberikan pinjaman kepada anak2 mereka yang sudah dpt melanjutkan pengajian di IPTA di seluruh negara...

sudah pasti orang yang paling patut kita ucapkan terima kasih adalah kepada pak menteri yang terbabait secara langsung untuk merialisasikan perkara ini dahulu..untuk perkara yang libatkan duit dan polisi sebesar ini, sudah pasti kementerian yang di maksudkan adalah kementerian kewangan..

dan pada tahun 1996-1997, menteri kewangannya adalah YB Dato' Sri Anwar B Ibrahim..




KR dan seluruh ahli dalam "negeri" ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB DS...

terima kasih daun keladi, 
kalau boleh generasi ini nak lagi...

jadi jangan lah YB DS hendak hapuskan PTPTN ini selepas ia begitu berjaya membantu mahasiswa di malaysia lebih dari sedekad selepas ia ditubuhkan...janganlah DS mengadaikan masa depan generasi ini semata2 mahu mengejar jawatan yang xmampu DS dapat dahulu...

p/s : gambar di atas semasa DSAI masih muda...mcm mana pula gambar sekarang??


aduuuuhhhh....pening jah....ape lagi nk janji ni jah....putrajaya makin jauh nie....aduh...pening....

apa kata BIGBOSS ...






PILIHAN Raya Umum Ke-13 sudah dekat, sebab itu senarai janji pembangkang kepada rakyat sudah jadi bermacam-macam. Antaranya memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sekali dengar, memang menarik janji-janji pembangkang ini, terutamanya kepada yang sedang menanggung hutang PTPTN. Siapa yang tak mahu hutang terhapus serta-merta.

Slogan hendak membantu rakyat memang nampak cantik. Tapi bagaimana dan apakah mekanismenya? Kalau semua mahu percuma, ambil wang dari mana dan tutup sektor yang mana pula? Itu yang kita mahu tahu, jangan sekadar pandai bercakap. Sehingga kini, tiada penjelasan terperinci dan hujah-hujah logik daripada pembangkang mengenai cara untuk melaksanakannya.

Justeru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan kepada Wartawan Utusan Malaysia, FAUZIAH AROF, NAZMIL NASIRUDDIN dan jurugambar HANAFI KHAMIS,apa implikasi dan kesan-kesannya jika mahu melaksanakan pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

ikuti wawancara orang no 1 KPT ini di SINI

sudah pandai berjanji dalam sorak



hampir tiap hari ade shja yang bercerita berkenaan isu PTPTN sekarang.. pihak mahasiswa yang cenderong kepada belah pembangkang tidak habes2 menuntut untuk di mansuhkan PTPTN manakala pihak Pakatan Rakyat pula dengan bersemangatnya menawarkan untuk dimansuhkan PTPTN ini jika mereka diberikan kuasa... isu ini pada KR satu bende yg mengarut baik daripada yg menuntut dan juga yang menjanjikan perkara ini..

persoalan yang selalu bermain di dalam kepala KR adalah, adakah benar bahawa mahasiswa ini mahukan PTPTN di mansuhkan?kerana kalau ikutkan video2 respondent yang ditemubual, nampaknya majoriti tidak bersetuju perkara ini di mansuhkan, cuma mungkin perlu di lihat balik akan sistem pengurusannya..kalau anda tidak percaya, mari lihat video ini...



KR melihat mereka ini lebih cerdik menganalisis berkenaan perkara ini kerana melihat dari semua sudut dan bukannya sudut ingin berkuasa dalam politik semata..tahniah kepada mahasiswa malaysia yang makin cerdik...

untuk ulasan yang lebih menarik, pengunjung "negeri" ini boleh juga melawat ke SINI ...

Tinggi sungguh si gunung Daik,
Jadi sebutan orang bermadah;
Fikir dulu buruk dan baik,
Jangan nanti menyesal tak sudah.

Wednesday 4 April 2012

antara 2 darjat...


KR mahu mengajak pegunjung di "negeri" ini untuk sama2 melihat dan menilai berkenaan pandangan pengerusi SMM berkenaan isu PTPTN...

"ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka(kerajaan) tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN.
Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD. Saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya. Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD. Ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara." (Sumber : PERHIMPUNAN DEMO ANTI PTPTN 14 APRIL 2012 DATARAN MERDEKA | illustrasiaku .com )

dan mari kita lihat pula apa kesan dia dan kemana duit petronas sebenarnya...adakah tuan pengerusi ini bercakap berdasarkan fakta atau auta semata2...
jom kita baca dan hayati fakta2 ini di SINI 


bila dah baca SINI KR makin bingung...xkan tuan pengerusi ni main cakap tanpa fakta kot..atau hanya ikut telunjuk pihak2 tertentu semata2...
ps: dr KR untuk tuan pengerusi,
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,          
   Supaya jangan mendapat malu.

menanam tebu dipinggir bibir...




sejak2 semakin dekat dengan PRU ni, macam2 hal yg dibawa oleh pihak pembangkang melaui beberapa organisasi mahasiswa samada yg berdaftar atau xberdaftar..mahasiswa2 ini terus kuat diperkudakan untuk nafsu dan cita2 mahu ke putrajaya...huh~

PTPTN dimansuhkan? sudah pasti xde sorunk pon manusia yg akan membantah jika perkara ini benar2 berlaku tanpa memberi mudharat dan impak pada pengurusan kerajaan.. ini lah beze antara mahasiswa/bekas mahasiswa yang intelek yg mampu berpikir dengan golongan yg sama tapi mempunyai minda kelas ketiga..sedih sekali masih ada yg mempunyai minda begini di saat negara terus rancak menuju ke arah negara maju.

apa2 pon, mari kita lihat apa yg di share di berkenaan PTPTN, bagaimana kita ditipu (SINI) ..

kadang KR berpikir juga, mereka2 yang beriya memperjuangkan PTPTN mansuh ni sp?adakah sbb mereka ni sebenarnya FAIL dalam study mereka itu sbb kalut sgt nk mansuh PTPTN..kalau betul, maka tidak hairanlah sbb akal dan pikiran mereka mmg xbrape nk cerdik dah...sbb tu kerje nk berdemo je..jd KR seru mereke2 yg level pemikiran atas dari mereka ni supaya pikir apa kesan dan akibat bila PTPTN ni di mansuhkan..jgn dgr janji2 manis semata...



PS: berapa byk janji manis yg di buat dh ditunaikan masa PRU lepas?huhu

(terima kasih kerajaan di atas pinjaman utk benarkan kami meneruskan pembelajaran..budi tuan dikenang jua)


Inang-inang padi Pak Dalik,
Padi tak sama rupa bunganya,
Sungguh ku kenang budi yang baik,
Tidak kulupa selama-lamanya.


Wednesday 28 March 2012

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Penderitaan rakyat palestin bukan lagi ditangisi oleh saudara sesama islam di dunia, malah sudah menjadi satu tragedi untuk seluruh manusia di bumi ini selagi mereka masih mempunyai sifat kemanusiaan.. keganasan, pembunuhan, kekejaman, anak2 menjadi yatim piatu, perempuan menjadi balu dan pelbagai lagi masalah yang tidak mampu KR tuliskan untuk mengambarkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka..

sebagai buktinya, Global March To Palestine telah di adakan di seluruh pelosok dunia...untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan perkara ini, boleh lihat SINI .

alhamdulillah mahasiswa di malaysia juga begitu cakna berkenaan perkara ini...berbagai2 kempen,pergerakan,perhimpunan,aktiviti dan banyak lagi perkara telah di lakukan di setiap IPT untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat palestine. yang terdekat adalah himpunan solidariti palestine yang akan diadakan oleh mahasiswa2 di zon utara yang akan di adakan di USM pada hari jumaat ini. perincian programnya seperti dalam poster yang telah di paparkan di bawah ini.


untuk mahasiswa2 yang berdekatan, ayuh kita bersama2 membantu menjayakan program ini..ketepikan ideologi politik anda dan tunjuklah rasa simpati kita pada mereka..(kalau nk ketepikan terus ideologi politik mengkangkang yg iktiraf israel ni lagi bagus..buang skali ngan pemimpinnya pon xpe =D )

dari negeri kami, KR cukup pelik bila mana masih ada manusia yang masih menyokong golongan yahudi zionis ini. apa sebenarnya yang beliau mahukan dan apakah yang cuba beliau pertahankan. lebih malang, manusia yang kuat menyokong zionis ini adalah manusia yang digelarkan sebagai anugerah tuhan dan imam mahdi oleh pengikut2nya...cukup menyedihkan..

Pantai Baniras pantai keramat,
Tempat berteduh si Raja Suran,
mengharap belas si pengkhianat,
darah dan noda jadi mainan.

Monday 26 March 2012

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul...

selingan utk hari ni...

hari ini KR ingin mengajak semua pengunjung ke "negeri" ini untuk bersama2 dengan KR memilih siapakah lelaki paling beruntung di dalam Malaysia. calon2 adalah dari shortlist KR sendiri yang mana merasakan di dalam malaysia ini ada 3 manusia paling beruntung (beruntung ker??) kerana mereka mendapat 2 perkara yang KR lihat begitu istimewa sekali...Ini adalah calon2 nya...yang mana anda rasakan paling bertuah??

1. YUSRY KRU...

pencalonan pertama ni, rasanya semua sudah maklum..hehe...untungnya si YUSRY ni kerana dapat memperisterikan LISA yang cantik manis tu selepas bergelar duda selepas bercerai dangan ERRA FAZIRA...

fuhhh...isteri dan bekas isterinya mmg terbaik habes...UNTUNGLAH....

yusry dan erra fazira

yusry dan LISA..

2. JAJAI


ini juga KR rasa ramai tidak akan nafikan sbb itu KR letakkan dia sebagai pencalonan kedua...mana tidaknya..tuah lelaki ini bila dapat memiliki hati si cantik manis NORA DANISH dan yang terbaru di beritakan akan kawin plak ngan si jelita FASHA SANDHA...aduh...pasti ramai jugak yang frust dan tidak kurang juga yang bengang ngan JAJAI nie..hehe...UNTUNGLAH......


Jejai ngan Nora Danish

Jejai ngan Fasha Sandha..

3. ANWAR IBRAHIM


ini juga KR letakkan dalam list untuk di undi dalam "Negeri Kami" sebagai manusia paling beruntung kat malaysia...mana tidaknya, ketua pembangkang ni dapat 2 juga..tp bukan 2 perempuan macam Yusry dan Jajai..tp dia dpt depan belakang...hehe...UNTUNG KER???


yang ketiga ni kene letak gambar personal sahaja kerana ianya agak sensored...hehe...


gunakan fikiran yang waras untuk memilih calon yang sebetulnya...=)


Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...



kali ini KR mahu berkongsi di "negeri kami" berkenaan satu lagi tindakan kurang waras atau tidakan dibawah minda manusia sedar. demonstrasi di depan KPT baru-baru ini. (SINI) merupakan satu lagi tindakan yang KR lihat satu tindakan yang mengulangi perjuangan kumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa seperti dahulu lagi yang cenderung untuk membelakangkan adab dan tatasusila serta rasa hormat pada orang lain. mana tidaknya kalau ini yang diberi bila bertandang ke rumah orang..






demonstrasi ini diadakan di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada jam 330 petang..asalnya dirancang di adakan lebih awal, tp mungkin tidak mendapat sambutan, walaupun sudah dilewatkan, penyertaan tetap juga tidak melebihi 40orang shaja..
antara tuntutan yang mereka minta adalah:
1- segerakan pilihanraya kampus
2- kembalikan demokrasi kampus
3- bebaskan kampus dari campur tangan politik luar.

antara banyak2 tuntutan ini, yang paling KR pelik adalah tuntuan yg ketiga itu..


mana KR tidak peliknya jika menuntut perkara seperti yang diatas tapi demostrasi ini turut di hadiri oleh "orang luar"..

kalau nk tahu siapa yang didalam bulatan itu, boleh ke SINI

ini baru KR sentuh satu dari 3 tuntutan itu..belum kesemuanya lagi...yang jelas, perbuatan mereka ni ibarat mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. KR merasakan dengan tindakan2 inilah masyarakat semakin lama semakin memandang sepi perjuangan mahasiswa. mana tidaknya perjuangan2 ini semakin lama semakin jelas menunjukkan kematangan sesetengah mahasiswa masih di kelas ke 3 sedangkan negara semakin rancak menuju wawasan 2020. kesian mereka ni..kesian...

minyak penuh ditatang orang,
ditatang oleh si pendatang,
jangan laungkan diri perjuang,
kalau perjuangan dikudakan orang.


bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat


rasanya masih belom terlambat untuk KR menceritakan berkenaan perkara ini di "negeri kami" kerana KR berpendapat pertubuhan ini adalah satu pertubuhan yang penting dalam membantu menjelaskan isu-isu di peringkat nasional dengan membawakan penjelasan yang berupa fakta dan bukannya retorik semata-mata. moto mereka "biarlah mereka berebut ke bulan dan bintang, kami disini terus menabur bakti di bumi" amat menarik minat KR. semoga niat murni ini akan berterusan dan arah tujuan pertubuhan tidak tersimpang dari yang telah digariskan.

burung kendidi hinggap di laman,
helang terbang bebas di awan,
tabahkan hati tetapkan iman,
pasti tidak hilang arah tujuan..




GASAK atau Gabungan Siswa Kebangsaan merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh sekumpulan mahasiswa di institusi pengajian tinggi di Malaysia, di pengerusikan oleh saudara Marwan Kahar Baharuddin. antara tujuan utama mereka bersama-sama mewujudkan pertubuhan ini adalah untuk  menjernih dan memperbetulkan sesetengah persepsi yang salah terhadap isu-isu di peringkat nasional menggunakan pendekatan berhadapan  secara langsung dengan masyarakat. baru-baru ini sempena perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang telah dilancarkan oleh YAB PM mereka telah mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan berkenaan pertubuhan mereka dan hala tuju pertubuhan ini.

pada sidang media itu juga Marwan turut menafikan pertubuhan itu bertujuan menyaingi mana-mana organisasi sedia ada, sebaliknya berharap kehadiran mereka diterima dengan baik oleh kelompok mahasiswa di seluruh negara sebagai salah satu teras dalam agenda kesukarelawan nasional.  

untuk cerita lanjut bolehlah ke SINI ...

Selamat Datang ke Negeri Kami...



assalamualaikum dan selamat sejahtera..

bukan lebah sebarang lebah,
bersarang tinggi di pohon kayu,
bukan sembah sebarang sembah,
sembah adat pusaka melayu.

selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung "negeri" kami dari Kuseriwa Raja (KR). semua yang dipaparkan di sini adalah hasil daripada pemerhatian, pendengaran, perkongsian, penelitian dan juga pertukaran buah fikiran di antara KR dan juga rakan2 dari "negeri" dan "daerah" lain. semoga ia membantu untuk kita melihat dengan lebih jelas lagi perkara yang benar2 berlaku di negara kita melalui "negeri" ini. semua komen dan ulasan amatlah di alukan tetapi terletak di bawah tangungjawap anda sendiri. apa yang KR harapkan, semua pengunjung "negeri" ini mampu menjaga tata susila dan juga tutur kata seperti yang di wariskan sejak dahulu oleh nenek moyang kita..

salam..

Kuseriwa Raja (KR)
 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo