Wednesday, 28 March 2012

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Penderitaan rakyat palestin bukan lagi ditangisi oleh saudara sesama islam di dunia, malah sudah menjadi satu tragedi untuk seluruh manusia di bumi ini selagi mereka masih mempunyai sifat kemanusiaan.. keganasan, pembunuhan, kekejaman, anak2 menjadi yatim piatu, perempuan menjadi balu dan pelbagai lagi masalah yang tidak mampu KR tuliskan untuk mengambarkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka..

sebagai buktinya, Global March To Palestine telah di adakan di seluruh pelosok dunia...untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan perkara ini, boleh lihat SINI .

alhamdulillah mahasiswa di malaysia juga begitu cakna berkenaan perkara ini...berbagai2 kempen,pergerakan,perhimpunan,aktiviti dan banyak lagi perkara telah di lakukan di setiap IPT untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat palestine. yang terdekat adalah himpunan solidariti palestine yang akan diadakan oleh mahasiswa2 di zon utara yang akan di adakan di USM pada hari jumaat ini. perincian programnya seperti dalam poster yang telah di paparkan di bawah ini.


untuk mahasiswa2 yang berdekatan, ayuh kita bersama2 membantu menjayakan program ini..ketepikan ideologi politik anda dan tunjuklah rasa simpati kita pada mereka..(kalau nk ketepikan terus ideologi politik mengkangkang yg iktiraf israel ni lagi bagus..buang skali ngan pemimpinnya pon xpe =D )

dari negeri kami, KR cukup pelik bila mana masih ada manusia yang masih menyokong golongan yahudi zionis ini. apa sebenarnya yang beliau mahukan dan apakah yang cuba beliau pertahankan. lebih malang, manusia yang kuat menyokong zionis ini adalah manusia yang digelarkan sebagai anugerah tuhan dan imam mahdi oleh pengikut2nya...cukup menyedihkan..

Pantai Baniras pantai keramat,
Tempat berteduh si Raja Suran,
mengharap belas si pengkhianat,
darah dan noda jadi mainan.

0 comments:

Post a Comment

 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo