Wednesday 28 March 2012

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Penderitaan rakyat palestin bukan lagi ditangisi oleh saudara sesama islam di dunia, malah sudah menjadi satu tragedi untuk seluruh manusia di bumi ini selagi mereka masih mempunyai sifat kemanusiaan.. keganasan, pembunuhan, kekejaman, anak2 menjadi yatim piatu, perempuan menjadi balu dan pelbagai lagi masalah yang tidak mampu KR tuliskan untuk mengambarkan penderitaan yang dihadapi oleh mereka..

sebagai buktinya, Global March To Palestine telah di adakan di seluruh pelosok dunia...untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan perkara ini, boleh lihat SINI .

alhamdulillah mahasiswa di malaysia juga begitu cakna berkenaan perkara ini...berbagai2 kempen,pergerakan,perhimpunan,aktiviti dan banyak lagi perkara telah di lakukan di setiap IPT untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat palestine. yang terdekat adalah himpunan solidariti palestine yang akan diadakan oleh mahasiswa2 di zon utara yang akan di adakan di USM pada hari jumaat ini. perincian programnya seperti dalam poster yang telah di paparkan di bawah ini.


untuk mahasiswa2 yang berdekatan, ayuh kita bersama2 membantu menjayakan program ini..ketepikan ideologi politik anda dan tunjuklah rasa simpati kita pada mereka..(kalau nk ketepikan terus ideologi politik mengkangkang yg iktiraf israel ni lagi bagus..buang skali ngan pemimpinnya pon xpe =D )

dari negeri kami, KR cukup pelik bila mana masih ada manusia yang masih menyokong golongan yahudi zionis ini. apa sebenarnya yang beliau mahukan dan apakah yang cuba beliau pertahankan. lebih malang, manusia yang kuat menyokong zionis ini adalah manusia yang digelarkan sebagai anugerah tuhan dan imam mahdi oleh pengikut2nya...cukup menyedihkan..

Pantai Baniras pantai keramat,
Tempat berteduh si Raja Suran,
mengharap belas si pengkhianat,
darah dan noda jadi mainan.

Monday 26 March 2012

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul...

selingan utk hari ni...

hari ini KR ingin mengajak semua pengunjung ke "negeri" ini untuk bersama2 dengan KR memilih siapakah lelaki paling beruntung di dalam Malaysia. calon2 adalah dari shortlist KR sendiri yang mana merasakan di dalam malaysia ini ada 3 manusia paling beruntung (beruntung ker??) kerana mereka mendapat 2 perkara yang KR lihat begitu istimewa sekali...Ini adalah calon2 nya...yang mana anda rasakan paling bertuah??

1. YUSRY KRU...

pencalonan pertama ni, rasanya semua sudah maklum..hehe...untungnya si YUSRY ni kerana dapat memperisterikan LISA yang cantik manis tu selepas bergelar duda selepas bercerai dangan ERRA FAZIRA...

fuhhh...isteri dan bekas isterinya mmg terbaik habes...UNTUNGLAH....

yusry dan erra fazira

yusry dan LISA..

2. JAJAI


ini juga KR rasa ramai tidak akan nafikan sbb itu KR letakkan dia sebagai pencalonan kedua...mana tidaknya..tuah lelaki ini bila dapat memiliki hati si cantik manis NORA DANISH dan yang terbaru di beritakan akan kawin plak ngan si jelita FASHA SANDHA...aduh...pasti ramai jugak yang frust dan tidak kurang juga yang bengang ngan JAJAI nie..hehe...UNTUNGLAH......


Jejai ngan Nora Danish

Jejai ngan Fasha Sandha..

3. ANWAR IBRAHIM


ini juga KR letakkan dalam list untuk di undi dalam "Negeri Kami" sebagai manusia paling beruntung kat malaysia...mana tidaknya, ketua pembangkang ni dapat 2 juga..tp bukan 2 perempuan macam Yusry dan Jajai..tp dia dpt depan belakang...hehe...UNTUNG KER???


yang ketiga ni kene letak gambar personal sahaja kerana ianya agak sensored...hehe...


gunakan fikiran yang waras untuk memilih calon yang sebetulnya...=)


Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...



kali ini KR mahu berkongsi di "negeri kami" berkenaan satu lagi tindakan kurang waras atau tidakan dibawah minda manusia sedar. demonstrasi di depan KPT baru-baru ini. (SINI) merupakan satu lagi tindakan yang KR lihat satu tindakan yang mengulangi perjuangan kumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa seperti dahulu lagi yang cenderung untuk membelakangkan adab dan tatasusila serta rasa hormat pada orang lain. mana tidaknya kalau ini yang diberi bila bertandang ke rumah orang..






demonstrasi ini diadakan di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada jam 330 petang..asalnya dirancang di adakan lebih awal, tp mungkin tidak mendapat sambutan, walaupun sudah dilewatkan, penyertaan tetap juga tidak melebihi 40orang shaja..
antara tuntutan yang mereka minta adalah:
1- segerakan pilihanraya kampus
2- kembalikan demokrasi kampus
3- bebaskan kampus dari campur tangan politik luar.

antara banyak2 tuntutan ini, yang paling KR pelik adalah tuntuan yg ketiga itu..


mana KR tidak peliknya jika menuntut perkara seperti yang diatas tapi demostrasi ini turut di hadiri oleh "orang luar"..

kalau nk tahu siapa yang didalam bulatan itu, boleh ke SINI

ini baru KR sentuh satu dari 3 tuntutan itu..belum kesemuanya lagi...yang jelas, perbuatan mereka ni ibarat mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. KR merasakan dengan tindakan2 inilah masyarakat semakin lama semakin memandang sepi perjuangan mahasiswa. mana tidaknya perjuangan2 ini semakin lama semakin jelas menunjukkan kematangan sesetengah mahasiswa masih di kelas ke 3 sedangkan negara semakin rancak menuju wawasan 2020. kesian mereka ni..kesian...

minyak penuh ditatang orang,
ditatang oleh si pendatang,
jangan laungkan diri perjuang,
kalau perjuangan dikudakan orang.


bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat


rasanya masih belom terlambat untuk KR menceritakan berkenaan perkara ini di "negeri kami" kerana KR berpendapat pertubuhan ini adalah satu pertubuhan yang penting dalam membantu menjelaskan isu-isu di peringkat nasional dengan membawakan penjelasan yang berupa fakta dan bukannya retorik semata-mata. moto mereka "biarlah mereka berebut ke bulan dan bintang, kami disini terus menabur bakti di bumi" amat menarik minat KR. semoga niat murni ini akan berterusan dan arah tujuan pertubuhan tidak tersimpang dari yang telah digariskan.

burung kendidi hinggap di laman,
helang terbang bebas di awan,
tabahkan hati tetapkan iman,
pasti tidak hilang arah tujuan..




GASAK atau Gabungan Siswa Kebangsaan merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh sekumpulan mahasiswa di institusi pengajian tinggi di Malaysia, di pengerusikan oleh saudara Marwan Kahar Baharuddin. antara tujuan utama mereka bersama-sama mewujudkan pertubuhan ini adalah untuk  menjernih dan memperbetulkan sesetengah persepsi yang salah terhadap isu-isu di peringkat nasional menggunakan pendekatan berhadapan  secara langsung dengan masyarakat. baru-baru ini sempena perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang telah dilancarkan oleh YAB PM mereka telah mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan berkenaan pertubuhan mereka dan hala tuju pertubuhan ini.

pada sidang media itu juga Marwan turut menafikan pertubuhan itu bertujuan menyaingi mana-mana organisasi sedia ada, sebaliknya berharap kehadiran mereka diterima dengan baik oleh kelompok mahasiswa di seluruh negara sebagai salah satu teras dalam agenda kesukarelawan nasional.  

untuk cerita lanjut bolehlah ke SINI ...

Selamat Datang ke Negeri Kami...



assalamualaikum dan selamat sejahtera..

bukan lebah sebarang lebah,
bersarang tinggi di pohon kayu,
bukan sembah sebarang sembah,
sembah adat pusaka melayu.

selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung "negeri" kami dari Kuseriwa Raja (KR). semua yang dipaparkan di sini adalah hasil daripada pemerhatian, pendengaran, perkongsian, penelitian dan juga pertukaran buah fikiran di antara KR dan juga rakan2 dari "negeri" dan "daerah" lain. semoga ia membantu untuk kita melihat dengan lebih jelas lagi perkara yang benar2 berlaku di negara kita melalui "negeri" ini. semua komen dan ulasan amatlah di alukan tetapi terletak di bawah tangungjawap anda sendiri. apa yang KR harapkan, semua pengunjung "negeri" ini mampu menjaga tata susila dan juga tutur kata seperti yang di wariskan sejak dahulu oleh nenek moyang kita..

salam..

Kuseriwa Raja (KR)
 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo