Wednesday 18 April 2012

tak kenal maka tak cinta, tp sudah kenal, indah khabar dari rupa..

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat. -al-bukhari no.3611


ayat yang KR petik diatas adalah dari al bukhari yang menceritakan berkenaan golongan al khawarij. al khawarij adalah satu kumpulan yang berasal dari keturunan dhul khuwaishirah. menurut bahasa, khawarij adalah bentuk jama' dari kata kharij yang ertinya oran gyang keluar. kerana keluarnya mereka dari jama'ah dan dari imam kaum muslimin.


antara sbb munculnya golongan ini adalah kerana :
1- perbezaan pendapat tentang masalah khilafah
2- permasalahan tahkim
3- para penguasa yang zalim
4- assobiyah
5- urusan ekonomi
6- semangat keagamaan
ciri-ciri al khawarij pula adalah:
1- suka mencela dan mengganp orang lain sesat
2- beprasangka buruk
3- berlebih-lebihan dalam ibadat
4- keras terhadap kaum muslimin dan menghalalkan darah mereka
5- sedikit pengetahuan tentang fiqh
6- umur muda tapi berakal burok

apa pendapat kalian tentang mereka2 ini???semoga mereka juga dijauhkan daripada golongan ini...





KR mengajak kita untuk sama2 bermuhasabah diri kita masing2 adakah kite terletak di dalam kelompok ini??jika ada ciri2 ini dalam diri kita atau rakan2 kita, kembalilah kepada jalan Allah yang satu...semoga kita diberikan rahmat dan hidayah daripadaNYA..

0 comments:

Post a Comment

 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo