kali ini KR mahu berkongsi di "negeri kami" berkenaan satu lagi tindakan kurang waras atau tidakan dibawah minda manusia sedar. demonstrasi di depan KPT baru-baru ini. (SINI) merupakan satu lagi tindakan yang KR lihat satu tindakan yang mengulangi perjuangan kumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa seperti dahulu lagi yang cenderung untuk membelakangkan adab dan tatasusila serta rasa hormat pada orang lain. mana tidaknya kalau ini yang diberi bila bertandang ke rumah orang..
demonstrasi ini diadakan di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada jam 330 petang..asalnya dirancang di adakan lebih awal, tp mungkin tidak mendapat sambutan, walaupun sudah dilewatkan, penyertaan tetap juga tidak melebihi 40orang shaja..
antara tuntutan yang mereka minta adalah:
1- segerakan pilihanraya kampus
2- kembalikan demokrasi kampus
3- bebaskan kampus dari campur tangan politik luar.
antara banyak2 tuntutan ini, yang paling KR pelik adalah tuntuan yg ketiga itu..
mana KR tidak peliknya jika menuntut perkara seperti yang diatas tapi demostrasi ini turut di hadiri oleh "orang luar"..
kalau nk tahu siapa yang didalam bulatan itu, boleh ke SINI
ini baru KR sentuh satu dari 3 tuntutan itu..belum kesemuanya lagi...yang jelas, perbuatan mereka ni ibarat mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. KR merasakan dengan tindakan2 inilah masyarakat semakin lama semakin memandang sepi perjuangan mahasiswa. mana tidaknya perjuangan2 ini semakin lama semakin jelas menunjukkan kematangan sesetengah mahasiswa masih di kelas ke 3 sedangkan negara semakin rancak menuju wawasan 2020. kesian mereka ni..kesian...
minyak penuh ditatang orang,
ditatang oleh si pendatang,
jangan laungkan diri perjuang,
kalau perjuangan dikudakan orang.
0 comments:
Post a Comment