Monday 26 March 2012

bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat


rasanya masih belom terlambat untuk KR menceritakan berkenaan perkara ini di "negeri kami" kerana KR berpendapat pertubuhan ini adalah satu pertubuhan yang penting dalam membantu menjelaskan isu-isu di peringkat nasional dengan membawakan penjelasan yang berupa fakta dan bukannya retorik semata-mata. moto mereka "biarlah mereka berebut ke bulan dan bintang, kami disini terus menabur bakti di bumi" amat menarik minat KR. semoga niat murni ini akan berterusan dan arah tujuan pertubuhan tidak tersimpang dari yang telah digariskan.

burung kendidi hinggap di laman,
helang terbang bebas di awan,
tabahkan hati tetapkan iman,
pasti tidak hilang arah tujuan..




GASAK atau Gabungan Siswa Kebangsaan merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh sekumpulan mahasiswa di institusi pengajian tinggi di Malaysia, di pengerusikan oleh saudara Marwan Kahar Baharuddin. antara tujuan utama mereka bersama-sama mewujudkan pertubuhan ini adalah untuk  menjernih dan memperbetulkan sesetengah persepsi yang salah terhadap isu-isu di peringkat nasional menggunakan pendekatan berhadapan  secara langsung dengan masyarakat. baru-baru ini sempena perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang telah dilancarkan oleh YAB PM mereka telah mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan berkenaan pertubuhan mereka dan hala tuju pertubuhan ini.

pada sidang media itu juga Marwan turut menafikan pertubuhan itu bertujuan menyaingi mana-mana organisasi sedia ada, sebaliknya berharap kehadiran mereka diterima dengan baik oleh kelompok mahasiswa di seluruh negara sebagai salah satu teras dalam agenda kesukarelawan nasional.  

untuk cerita lanjut bolehlah ke SINI ...

0 comments:

Post a Comment

 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo