Monday 9 April 2012

sudah pandai berjanji dalam sorak



hampir tiap hari ade shja yang bercerita berkenaan isu PTPTN sekarang.. pihak mahasiswa yang cenderong kepada belah pembangkang tidak habes2 menuntut untuk di mansuhkan PTPTN manakala pihak Pakatan Rakyat pula dengan bersemangatnya menawarkan untuk dimansuhkan PTPTN ini jika mereka diberikan kuasa... isu ini pada KR satu bende yg mengarut baik daripada yg menuntut dan juga yang menjanjikan perkara ini..

persoalan yang selalu bermain di dalam kepala KR adalah, adakah benar bahawa mahasiswa ini mahukan PTPTN di mansuhkan?kerana kalau ikutkan video2 respondent yang ditemubual, nampaknya majoriti tidak bersetuju perkara ini di mansuhkan, cuma mungkin perlu di lihat balik akan sistem pengurusannya..kalau anda tidak percaya, mari lihat video ini...



KR melihat mereka ini lebih cerdik menganalisis berkenaan perkara ini kerana melihat dari semua sudut dan bukannya sudut ingin berkuasa dalam politik semata..tahniah kepada mahasiswa malaysia yang makin cerdik...

untuk ulasan yang lebih menarik, pengunjung "negeri" ini boleh juga melawat ke SINI ...

Tinggi sungguh si gunung Daik,
Jadi sebutan orang bermadah;
Fikir dulu buruk dan baik,
Jangan nanti menyesal tak sudah.

0 comments:

Post a Comment

 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo