Monday, 9 April 2012

apa kata BIGBOSS ...






PILIHAN Raya Umum Ke-13 sudah dekat, sebab itu senarai janji pembangkang kepada rakyat sudah jadi bermacam-macam. Antaranya memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sekali dengar, memang menarik janji-janji pembangkang ini, terutamanya kepada yang sedang menanggung hutang PTPTN. Siapa yang tak mahu hutang terhapus serta-merta.

Slogan hendak membantu rakyat memang nampak cantik. Tapi bagaimana dan apakah mekanismenya? Kalau semua mahu percuma, ambil wang dari mana dan tutup sektor yang mana pula? Itu yang kita mahu tahu, jangan sekadar pandai bercakap. Sehingga kini, tiada penjelasan terperinci dan hujah-hujah logik daripada pembangkang mengenai cara untuk melaksanakannya.

Justeru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan kepada Wartawan Utusan Malaysia, FAUZIAH AROF, NAZMIL NASIRUDDIN dan jurugambar HANAFI KHAMIS,apa implikasi dan kesan-kesannya jika mahu melaksanakan pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

ikuti wawancara orang no 1 KPT ini di SINI

0 comments:

Post a Comment

 

BANGSA AGUNG Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo